TEKS BAHASA ARAB
اشتروا الرقيق وشاركوهم في أرزاقهم – يعني: كسبهم، وإياكم والزنج، فإنهم قصيرة أعمارهم، قليلة أرزاقهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Belilah seorang hamba dan bantulah mereka dalam rezeki mereka –iaitu: ketika mereka mencari rezeki-. Berhati-hatilah dengan orang kulit hitam, sesungguhnya umur mereka pendek dan rezeki mereka sedikit.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1784, hadis nombor 8980. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها – مرفوعاً: «اشتروا الرقيق وشاركوهم في أرزاقهم – يعني: كسبهم – ، وإياكم والزنج، فإنهم قصيرة أعمارهم، قليلة أرزاقهم». [طب، طس، الضعيفة» (725)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, Nabi SAW bersabda: “Belilah seorang hamba dan bantulah mereka dalam rezeki mereka –iaitu: ketika mereka mencari rezeki-. Berhati-hatilah dengan orang kulit hitam, sesungguhnya umur mereka pendek dan rezeki mereka sedikit." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 725]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.