Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اشتَروا الرَّقيقَ وشارِكوهم في أرزاقِهِم يعني كسبَهم ، وإيَّاكم والزِّنجِ، فإنَّهم قَصيرةٌ أعمارُهُم ، قليلةٌ أرزاقُهُم.
Teks Bahasa Melayu
Belilah seorang hamba dan bantulah mereka dalam rezeki mereka –iaitu: ketika mereka mencari rezeki-. Berhati-hatilah dengan orang kulit hitam, sesungguhnya umur mereka pendek dan rezeki mereka sedikit.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1784, hadis no. 8980. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنها - مرفوعاً: «اشتروا الرقيق وشاركوهم في أرزاقهم – يعني: كسبهم - ، وإياكم والزنج، فإنهم قصيرة أعمارهم، قليلة أرزاقهم». [طب، طس، الضعيفة» (725)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA, Nabi SAW bersabda: “Belilah seorang hamba dan bantulah mereka dalam rezeki mereka –iaitu: ketika mereka mencari rezeki-. Berhati-hatilah dengan orang kulit hitam, sesungguhnya umur mereka pendek dan rezeki mereka sedikit." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 725]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman