Beliau adalah seorang nabi yang kaumnya telah mensia-siakannya

TEKS BAHASA ARAB

ذاك نبي ضيعه قومه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Beliau adalah seorang nabi yang kaumnya telah mensia-siakannya.

STATUS

Tidak sahih

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1656, hadis nombor 8360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا يصح) عن سماك بن حرب -رضي الله عنه-، قال: سئل عنه (يعني خالد بن سنان) النبي صلى الله عليه وسلم فقال:((ذاك نبي ضيعه قومه)). [ك، ((الضعيفة)) (281)].

(Tidak sahih)
Daripada Simak bin Harb RA berkata: Nabi SAW pernah ditanya (tentang Khalid bin Sinan): Baginda menjawab: ((Beliau adalah seorang nabi yang kaumnya telah mensia-siakannya)).
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 281].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs