Tidak sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ذَاكَ نَبِيٌّ ضَيَّعَهُ قَوْمُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Beliau adalah seorang nabi yang kaumnya telah mensia-siakannya.
Sahabat Perawi
- Simak bin Harb RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tidak sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1656, hadis no. 8360. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا يصح) عن سماك بن حرب -رضي الله عنه-، قال: سئل عنه (يعني خالد بن سنان) النبي صلى الله عليه وسلم فقال:((ذاك نبي ضيعه قومه)). [ك، ((الضعيفة)) (281)].
(Tidak sahih) Daripada Simak bin Harb RA berkata: Nabi SAW pernah ditanya (tentang Khalid bin Sinan): Baginda menjawab: ((Beliau adalah seorang nabi yang kaumnya telah mensia-siakannya)). [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 281].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman