Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَنْفِقْ مَا فِي الْجَيْبِ يَأْتِيكَ مَا فِي الْغَيْبِ.
Teks Bahasa Melayu
Belanjalah apa yang di dalam saku, akan datang kepadamu apa yang di Ghaib.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 20, hadis no. 50. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس بحديث. ويؤيد معناه قوله: {وَمَا أَنفَقْتُم مِنْ شَيءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ} [سبأ : 39].
Ia bukan hadith, namun maknanya disokong oleh firman Allah-Nya: {Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya} [Surah Saba' ayat 39].
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman