Classification icon

Tidak Ada Asal Lafaznya

30/06/2024

minit bacaan



Belanjakanlah apa yang ada dalam saku

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: أَنْفِقْ مَا فِي الْجَيْبِ يَأْتِيكَ مَا فِي الْغَيْبِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Belanjakanlah apa yang ada dalam saku, nescaya akan datang kepada kamu habuan yang berada di alam ghaib.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Tidak Ada Asal Lafaznya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 51, hadis no. 87. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا ‌أصل ‌لمبناه، ‌ولكن ‌صحيح ‌معناه.

Tidak ada asal bagi lafaz hadis ini akan tetapi maknanya benar.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.