TEKS BAHASA ARAB
تعلموا الشعر؛ فإن فيه حكما وأمثالا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Belajarlah syair kerana padanya banyak hikmah dan perumpamaan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1637, hadis nombor 8278. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم: ((تعلموا الشعر؛ فإن فيه حكما وأمثالا)). [الخليلي في ((الإرشاد))، الذهبي في ((السير))، ((الضعيفة)) (6131)].
(Palsu)
Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Belajarlah syair kerana padanya banyak hikmah dan perumpamaan.))
[Riwayat al-Khalili dalam al-Irsyad dan al-Zahabi dalam al-Siyar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6131].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.