Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تعلَّموا الشِّعرَ؛ فإنَّ فيه حِكَمًا وأمثالًا.
Teks Bahasa Melayu
Belajarlah syair, kerana padanya ada pelbagai hikmah dan contoh.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 813, hadis no. 4192. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر–رضي الله عنهما-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((تعلموا الشعر؛ فإن فيه حكما وأمثالا)). [الخليلي في ((الإرشاد))، الذهبي في ((السير))، ((الضعيفة)) (6131)].
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Belajarlah syair, kerana padanya ada pelbagai hikmah dan contoh. [Riwayat Al-Khalili dalam al-Irsyad, al-Zahabi dalam al-Siyar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6131]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman