TEKS BAHASA ARAB
تعلموا العلم، ثم تعلموا الحلم، ثم تعلموا العلم، ثم تعلموا العمل بالعلم، ثم أبشروا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Belajarlah ilmu, kemudian belajarlah tentang kelembutan, seterusnya belajarlah ilmu, kemudian belajarlah beramal dengan ilmu, setelah itu sebarkanlah berita gembira
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1295, hadis nombor 6624. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما، قال: تعلموا العلم، ثم تعلموا الحلم، ثم تعلموا العلم، ثم تعلموا العملَ بالعلم، ثم أبشروا.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6282)].
(Munkar)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA, katanya: Belajarlah ilmu, kemudian belajarlah tentang kelembutan, seterusnya belajarlah ilmu, kemudian belajarlah beramal dengan ilmu, setelah itu sebarkanlah berita gembira
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6282].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.