TEKS BAHASA ARAB
تعلموا مناسككم؛ فإنها من دينكم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Belajarlah cara menunaikan Haji (dengan betul), sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agama kamu.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 740, hadis nombor 3783. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – مرفوعا: ((تعلموا مناسككم؛ فإنها من دينكم)). [فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3404)]
(Lemah)
Daripada Abu Said al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Belajarlah cara menunaikan Haji (dengan betul), sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agama kamu.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3404]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.