Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
تَعَلَّمُوا مَنَاسِكَكُم؛ فإنَّها مِنْ دِيْنِكُم.
Teks Bahasa Melayu
Belajarlah cara menunaikan Haji (dengan betul), sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agama kamu.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 740, hadis no. 3783. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه - مرفوعا: ((تعلموا مناسككم؛ فإنها من دينكم)). [فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3404)]
(Daif) Daripada Abu Said al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Belajarlah cara menunaikan Haji (dengan betul), sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agama kamu. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3404]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman