Belailah kepala anak yatim seperti ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

امسح برأس اليتيم هكذا إلى مقدم رأسه، ومن له أب هكذا إلى مؤخر رأسه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Belailah kepala anak yatim seperti ini sehingga sampai ke bahagian hadapan kepalanya, dan (belailah kepala) mereka yang mempunyai bapa (kematian ibu sahaja) seperti ini sehingga ke belakang kepalanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 180 hadis nombor 916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعاً: امسح برأس اليتيم هكذا إلى مقدم رأسه، ومن له أب هكذا إلى مؤخر رأسه.
[تخ، عق، ابن عساكر، خط، ((الضعيفة)) (1072)]

(Palsu)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Belailah kepala anak yatim seperti ini sehingga sampai ke bahagian hadapan kepalanya, dan (belailah kepala) mereka yang mempunyai bapa (kematian ibu sahaja) seperti ini sehingga ke belakang kepalanya.
[Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Ibn ‘Asakir, Tarikh Baghdad oleh al-Khatib. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1072]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.