Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
امسَح برأسِ اليَتيمِ هكذا إلى مُقدَّمِ رأسِهِ، ومَن لهُ أبٌ هكذا إلى مُؤَّخرِ رأسِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Belailah kepala anak yatim seperti ini sehingga sampai ke bahagian hadapan kepalanya, dan (belailah kepala) mereka yang mempunyai bapa (kematian ibu sahaja) seperti ini sehingga ke belakang kepalanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 180, hadis no. 916. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعاً: امسح برأس اليتيم هكذا إلى مقدم رأسه، ومن له أب هكذا إلى مؤخر رأسه. [تخ، عق، ابن عساكر، خط، ((الضعيفة)) (1072)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara Marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Belailah kepala anak yatim seperti ini sehingga sampai ke bahagian hadapan kepalanya, dan (belailah kepala) mereka yang mempunyai bapa (kematian ibu sahaja) seperti ini sehingga ke belakang kepalanya. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-’Uqaili dalam al-Dhu’afa’ al-Kabir, Ibn ‘Asakir, Tarikh Baghdad oleh al-Khatib. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1072]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman