Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Bekas yang dimiliki secara berkongsi tidak akan mendidih

Teks Bahasa Arab

قدرة الشرك لا تغلي.

Teks Bahasa Melayu

Bekas yang dimiliki secara berkongsi tidak akan mendidih.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 66, hadis no. 265. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام بعضهم وليس بحديث، قال الجد: هو منتزع من قوله تعالى: {كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّـهُ ۚ... ﴿٦٤﴾} [المائدة: 64].

Bersumberkan ucapan sebahagian mereka, namun ia bukan hadith. Al-Jadd berkata: "Ia diambil daripada firman Allah Ta'ala: ...كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِّلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّـهُ... "Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya", [Surah al-Maidah ayat 64].

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.