Bekalkan kepada orang yang akan meninggal (dalam kalangan kamu) dengan ucapan 'tiada Tuhan melainkan Allah'

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

زودوا موتاكم لا إله إلا الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bekalkan kepada orang yang akan meninggal (dalam kalangan kamu) dengan ucapan ‘tiada Tuhan melainkan Allah’.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1739, hadis nombor 8753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((زودوا موتاكم لا إله إلا الله)). [فر، ((الضعيفة)) (3670)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Bekalkan kepada orang yang akan meninggal (dalam kalangan kamu) dengan ucapan ‘tiada Tuhan melainkan Allah’.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3670].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.