Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
زَوِّدُوا موتاكم لا إله إلا الله.
Teks Bahasa Melayu
Bekalkan kepada orang yang akan meninggal (dalam kalangan kamu) dengan ucapan 'tiada Tuhan melainkan Allah'.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1739, hadis no. 8753. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((زودوا موتاكم لا إله إلا الله)). [فر، ((الضعيفة)) (3670)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Bekalkan kepada orang yang akan meninggal (dalam kalangan kamu) dengan ucapan 'tiada Tuhan melainkan Allah'.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3670].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman