Beberapa perkara yang tidak sepatutnya ada di masjid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

خصال لا تنبغي في المسجد: لا يتخذ طريقا، ولا يشهر فيه سلاح، ولا ينبض فيه بقوس، ولا ينثر فيه نبل، ولا يمر فيه بلحم نيء، ولا يضرب فيه حد، ولا يقتص فيه من أحد، ولا يتخذ سوقا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Beberapa perkara yang tidak sepatutnya ada di masjid: Tidak boleh dijadikan sebagai tempat laluan, tidak boleh dihunus senjata di dalamnya, tidak boleh dipetik tali busur di dalamnya, tidak boleh disepahkan anak panah di dalamnya, tidak boleh melintas membawa daging mentah di dalamnya, tidak boleh dilaksanakan hukuman hudud di dalamnya, tidak boleh dituntut hukum qisas kerana sesiapapun di dalamnya dan tidak boleh dijadikan masjid sebagai pasar.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 359, hadis nombor 1910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – عن رسول الله ﷺ قال: «خصالٌ لا تَنبغي في المسجِدِ: لا يُتَّخَذُ طَريقًا، ولا يُشهَرُ فيهِ سلاحٌ، ولا يُنبَضُ فيهِ بقَوسٍ، ولا يُنثَرُ فيهِ نَبلٌ، ولا يمرُّ فيهِ بلحمٍ نَيِّءٍ، ولا يضرَبُ فيهِ حدٌّ، ولا يُقتَصُّ فيهِ من أحَدٍ، ولا يُتَّخَذُ سوقًا». [هـ، عد، «الضعيفة» (1497)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: "Beberapa perkara yang tidak sepatutnya ada di masjid: Tidak boleh dijadikan sebagai tempat laluan, tidak boleh dihunus senjata di dalamnya, tidak boleh dipetik tali busur di dalamnya, tidak boleh disepahkan anak panah di dalamnya, tidak boleh melintas membawa daging mentah di dalamnya, tidak boleh dilaksanakan hukuman hudud di dalamnya, tidak boleh dituntut hukum qisas kerana sesiapapun di dalamnya dan tidak boleh dijadikan masjid sebagai pasar". [Diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1497].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.