Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خصالٌ لا تَنبغي في المسجِدِ: لا يُتَّخَذُ طَريقًا، ولا يُشهَرُ فيهِ سلاحٌ، ولا يُنبَضُ فيهِ بقَوسٍ، ولا يُنثَرُ فيهِ نَبلٌ، ولا يمرُّ فيهِ بلحمٍ نَيِّءٍ، ولا يضرَبُ فيهِ حدٌّ، ولا يُقتَصُّ فيهِ من أحَدٍ، ولا يُتَّخَذُ سوقًا.
Teks Bahasa Melayu
Beberapa perkara yang tidak sepatutnya ada di masjid: Tidak boleh dijadikan sebagai tempat laluan, tidak boleh dihunus senjata di dalamnya, tidak boleh dipetik tali busur di dalamnya, tidak boleh disepahkan anak panah di dalamnya, tidak boleh melintas membawa daging mentah di dalamnya, tidak boleh dilaksanakan hukuman hudud di dalamnya, tidak boleh dituntut hukum qisas kerana sesiapapun di dalamnya dan tidak boleh dijadikan masjid sebagai pasar.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 359, hadis no. 1910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - عن رسول الله ﷺ قال: «خصالٌ لا تَنبغي في المسجِدِ: لا يُتَّخَذُ طَريقًا، ولا يُشهَرُ فيهِ سلاحٌ، ولا يُنبَضُ فيهِ بقَوسٍ، ولا يُنثَرُ فيهِ نَبلٌ، ولا يمرُّ فيهِ بلحمٍ نَيِّءٍ، ولا يضرَبُ فيهِ حدٌّ، ولا يُقتَصُّ فيهِ من أحَدٍ، ولا يُتَّخَذُ سوقًا». [هـ، عد، «الضعيفة» (1497)].
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: "Beberapa perkara yang tidak sepatutnya ada di masjid: Tidak boleh dijadikan sebagai tempat laluan, tidak boleh dihunus senjata di dalamnya, tidak boleh dipetik tali busur di dalamnya, tidak boleh disepahkan anak panah di dalamnya, tidak boleh melintas membawa daging mentah di dalamnya, tidak boleh dilaksanakan hukuman hudud di dalamnya, tidak boleh dituntut hukum qisas kerana sesiapapun di dalamnya dan tidak boleh dijadikan masjid sebagai pasar". [Diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1497].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman