Munkar mawquf

30/06/2024

minit bacaan



Beberapa kalimat, sesiapa yang mengucapkannya sebanyak seratus kali pada penghujung setiap solat

Teks Bahasa Arab

كَلِمَاتٌ مَنْ ذَكَرَهُنَّ مِائَةَ مَرَّةٍ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ: اللَّهُ أَكْبَرُ، سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، ثُمَّ لَوْ كَانَتْ خَطَايَاهُ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ؛ لَمَحَتْهُنَّ. لَمْ يَرْفَعْهُ.

Teks Bahasa Melayu

"Beberapa kalimat, sesiapa yang mengucapkannya sebanyak seratus kali pada penghujung setiap solat: "Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Dia Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya serta tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah", kemudian sekiranya kesalahannya seperti buih-buih di lautan, nescaya kalimat ini akan menghapuskannya". Abu Dzarr tidak menyandarkannya kepada Nabi ﷺ.

Sahabat Perawi

  1. Abu Dzarr RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar mawquf

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 381, hadis no. 2022. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر موقوف) عن أبي ذر - رضي الله عنه -، قال: «كلمات من ذكرهن مائة مرة دبر كل صلاة: الله أكبر، سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، وحده لا شريك له، ولا حول ولا قوة إلا بالله، ثم لو كانت خطاياه مثل زبد البحر؛ لمحتهن». لم يرفعه. [ حم، «الضعيفة» (6851)].

(Munkar Mawquf) Daripada Abu Dzarr RA, beliau berkata: "Beberapa kalimat, sesiapa yang mengucapkannya sebanyak seratus kali pada penghujung setiap solat: "Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Dia Maha Esa tiada sekutu bagi-Nya serta tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan Allah", kemudian sekiranya kesalahannya seperti buih-buih di lautan, nescaya kalimat ini akan menghapuskannya". Abu Dzarr tidak menyandarkannya kepada Nabi ﷺ. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6851].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.