Beberapa golongan manusia dalam kalangan umatku yang akan mendalami ilmu agama, membaca al-Qur'an

TEKS BAHASA ARAB

إن أناسا من أمتي سيتفقهون في الدين، ويقرؤن القرآن، ويقولون: نأتي الأمراء فنصيب من دنياهم، ونعتزلهم بديننا، ولا يكون ذلك، كما لا يجتنى من القتاد إلا الشوك، كذلك لا يجتنى من قربهم إلا. قال محمد بن الصباح: كأنه يعني الخطايا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya ada beberapa golongan manusia dalam kalangan umatku yang akan mendalami ilmu agama, membaca al-Qur’an dan mereka berkata: Kami akan menemui pemerintah untuk mendapat habuan daripada dunia mereka dan kami asingkan mereka daripada agama kami, perkara tersebut tidak berlaku sepertimana tidak boleh dibuang daripada pohon berduri kecuali beberapa duri sahaja dan tidak ada yang dapat diperoleh dari mendekati mereka kecuali (dosa). Muhammad bin al-Sabbah berkata: Seolah-olah ia adalah dosa-dosa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1238, hadis nombor 6312. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم يقول: إن أناسا من أمتي سيتفقهون في الدين، ويقرؤن القرآن، ويقولون: نأتي الأمراء فنصيب من دنياهم، ونعتزلهم بديننا، ولا يكون ذلك، كما لا يجتنى من القتاد إلا الشوك، كذلك لا يجتنى من قربهم إلا. قال محمد بن الصباح: كأنه يعني الخطايا.
[هـ، ((الضعيفة)) (1250)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA daripada Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya ada beberapa golongan manusia dalam kalangan umatku yang akan mendalami ilmu agama, membaca al-Qur’an dan mereka berkata: Kami akan menemui pemerintah untuk mendapat habuan daripada dunia mereka dan kami asingkan mereka daripada agama kami, perkara tersebut tidak berlaku sepertimana tidak boleh dibuang daripada pohon berduri kecuali beberapa duri sahaja dan tidak ada yang dapat diperoleh dari mendekati mereka kecuali (dosa). Muhammad bin al-Sabbah berkata: Seolah-olah ia adalah dosa-dosa.
[Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1250]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.