Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ أُناسًا من أمَّتي سيتفقَّهونَ في الدِّينِ، ويقرَؤن القرآنَ، ويقولونَ: نأتي الأمراءَ فنُصيبُ من دُنْياهم، ونعتزلُهُم بدينِنا، ولا يَكونُ ذلِكَ، كما لا يُجتَنى منَ القتادِ إلَّا الشَّوكُ، كذلِكَ لا يُجتَنى من قُربِهِم إلَّا. قالَ محمَّدُ بنُ الصَّبَّاحِ: كأنَّهُ يعني الخطايا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya ada beberapa golongan manusia dalam kalangan umatku yang akan mendalami ilmu agama, membaca al-Qur'an dan mereka berkata: Kami akan menemui pemerintah untuk mendapat habuan daripada dunia mereka dan kami asingkan mereka daripada agama kami, perkara tersebut tidak berlaku sepertimana tidak boleh dibuang daripada pohon berduri kecuali beberapa duri sahaja dan tidak ada yang dapat diperoleh dari mendekati mereka kecuali (dosa). Muhammad bin al-Sabbah berkata: Seolah-olah ia adalah dosa-dosa.
Sahabat Perawi
- Ibn 'Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1238, hadis no. 6312. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA daripada Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya ada beberapa golongan manusia dalam kalangan umatku yang akan mendalami ilmu agama, membaca al-Qur'an dan mereka berkata: Kami akan menemui pemerintah untuk mendapat habuan daripada dunia mereka dan kami asingkan mereka daripada agama kami, perkara tersebut tidak berlaku sepertimana tidak boleh dibuang daripada pohon berduri kecuali beberapa duri sahaja dan tidak ada yang dapat diperoleh dari mendekati mereka kecuali (dosa). Muhammad bin al-Sabbah berkata: Seolah-olah ia adalah dosa-dosa. [Riwayat Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1250]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman