TEKS BAHASA ARAB
حديث: قبضات التمر للمساكين مهور الحور العين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Beberapa genggam tamar untuk orang miskin adalah sebagai mahar terhadap bidadari.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 132, hadis nombor 368. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال ابن الجوزي: موضوع، والحديث في الجامع الصغير.
Ibn al-Jauzi berkata: Palsu.
Hadith ini terkandung dalam al-Jami’ al-Saghir.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.