TEKS BAHASA ARAB
قبضات التمر للمساكين مهور الحور العين.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Beberapa genggam kurma yang diberikan kepada orang miskin adalah merupakan mahar yang diberikan kepada Bidadari
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 898, hadis nombor 4604. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: قبضات التمر للمساكين مهور الحور العين. [ابن الجوزي, الضعيفة (6197)]
(Palsu) Daripada Abi Umamah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Beberapa genggam kurma yang diberikan kepada orang miskin adalah merupakan mahar yang diberikan kepada Bidadari. [Ibn Al-Jauzi. Al-Dha’ifah no 6197]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.