Bebaskan dia, Allah akan bebaskan setiap anggota darinya, anggota darinya dari neraka

TEKS BAHASA ARAB

اعتقوا عنه، يعتق الله بكل عضو منه، عضوا منه من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bebaskanlah (hamba)bagi pihaknya, (dengan itu) Allah akan membebaskan dengan setiap satu anggota darinya (yakni dari hamba yang dibebaskan), (akan dibebaskan pula) satu anggota (orang yang membunuh) dari neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 862, hadis nombor 4401. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الغريف بن الديلمي، قال: أتينا واثلة بن الأسقع فقلنا له: حدثنا حديثا ليس فيه زيادة ولا نقصان، فغضب وقال: إن أحدكم ليقرأ ومصحفه معلق في بيته فيزيد وينقص! قلنا: إنما أردنا حديثا سمعته من النبي -صلى الله عليه وسلم-قال: أتينا رسول الله -صلى الله عليه وسلم- في صاحب لنا أوجب -يعني النار- بالقتل، فقال: ((أعتقوا عنه، يعتق الله بكل عضو منه، عضوا منه من النار)). [د، الخطيب في ((الفقيه والمتفقه))، الطحاوي في ((المشكل))، ك، هق، حم، ((الضعيفة)) (907)].

(Lemah)
Daripada al-Gharif bin al-Dailami, beliau berkata, kami mendatangi Wathilah bin al-Asqa’ lalu kami berkata kepadanya: “Beritakanlah kepada kami suatu hadis yang tiada penambahan atau pengurangan”, lalu (mendengarkan itu membuatkan) dia marah dan berkata: Sesungguhnya salah seorang dari kamu akan membaca dan (dalam masa yang sama) mushafnya tergantung di rumahnya lalu ia bertambah dan berkurang!” Kami berkata: “Kami memaksudkan hadis yang engkau dengar dari Nabi SAW.” Dia berkata: “Kami pernah mendatangi Rasulullah SAW bertanyakan tentang kenalan kami-yang diwajibkan neraka baginya-disebabkan pembunuhan (yang dilakukannya), lalu baginda bersabda: “Bebaskanlah (hamba)bagi pihaknya, (dengan itu) Allah akan membebaskan dengan setiap satu anggota darinya (yakni dari hamba yang dibebaskan), (akan dibebaskan pula) satu anggota (orang yang membunuh) dari neraka.”
[Riwayat Abu Daud dalam Sunan, al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Faqih wa al-Mutafaqqih, al-Tahawi dalam al-Musykil, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Ahmad dalam Musnad. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 907].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs