Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
استِهلالُ الصَّبيِّ العُطاسُ.
Teks Bahasa Melayu
Bayi kecil itu bertahlil dengan cara ia bersin.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 786, hadis no. 4038. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر مرفوعا: استهلال الصبي العطاس. [البزار، عد، ((الضعيفة)) (2779)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Bayi kecil itu bertahlil dengan cara ia bersin.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2779]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman