Bayaran diat atas kesalahan pembunuhan secara tidak sengaja

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

في دية الخطأ عشرون حقة، وعشرون جذعة، وعشرون بنت مخاض، وعشرون بنت لبون، وعشرون بني مخاض ذكور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bayaran diat (pampasan) atas kesalahan pembunuhan secara tidak sengaja adalah 20 ekor Hiqqah (unta berumur 3-4 tahun), 20 ekor Jaza’ah (unta berumur 4-5 tahun), 20 ekor unta Bintu Makhad (unta betina berumur 1-2 tahun), 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 2-3 tahun) dan 20 ekor unta Bani Makhad (untan jantan berumur 1-2 tahun).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 792, hadis nombor 4077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعاً: في دية الخطأ عشرون حقة، وعشرون جذعة، وعشرون ‌بنت ‌مخاض، وعشرون بنت لبون، وعشرون بني مخاض ذكر.
[د، ن، ت، هـ، قط، هق، حم، (الضعيفة) (4020)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bayaran diat (pampasan) atas kesalahan pembunuhan secara tidak sengaja adalah 20 ekor Hiqqah (unta berumur 3-4 tahun), 20 ekor Jaza’ah (unta berumur 4-5 tahun), 20 ekor unta Bintu Makhad (unta betina berumur 1-2 tahun), 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 2-3 tahun) dan 20 ekor unta Bani Makhad (untan jantan berumur 1-2 tahun).
[Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, al-Nasa'ie dalam al-Sunan, al-Tirmidhi dalam al-Sunan, Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Daruqutni dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4020]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.