Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
في ديةِ الخطأ عشرونَ حِقةً، وعشرون جذعةً، وعشرون بنتِ مخاضٍ، وعشرون بنتِ لبونٍ، وعشرون بني مخاضٍ ذكورٌ.
Teks Bahasa Melayu
Bayaran diat (pampasan) atas kesalahan pembunuhan secara tidak sengaja adalah 20 ekor Hiqqah (unta berumur 3-4 tahun), 20 ekor Jaza’ah (unta berumur 4-5 tahun), 20 ekor unta Bintu Makhad (unta betina berumur 1-2 tahun), 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 2-3 tahun) dan 20 ekor unta Bani Makhad (untan jantan berumur 1-2 tahun).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 792, hadis no. 4077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه مرفوعاً: في دية الخطأ عشرون حقة، وعشرون جذعة، وعشرون بنت مخاض، وعشرون بنت لبون، وعشرون بني مخاض ذكر. [د، ن، ت، هـ، قط، هق، حم، (الضعيفة) (4020)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bayaran diat (pampasan) atas kesalahan pembunuhan secara tidak sengaja adalah 20 ekor Hiqqah (unta berumur 3-4 tahun), 20 ekor Jaza’ah (unta berumur 4-5 tahun), 20 ekor unta Bintu Makhad (unta betina berumur 1-2 tahun), 20 ekor Bintu Labun (unta betina berumur 2-3 tahun) dan 20 ekor unta Bani Makhad (untan jantan berumur 1-2 tahun). [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan, al-Nasa'ie dalam al-Sunan, al-Tirmidhi dalam al-Sunan, Ibn Majah dalam al-Sunan, al-Daruqutni dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, Ahmad bin Hanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4020]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman