Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
دِيَةُ ذِمِّيٍّ دِيَةُ مُسْلِمٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bayaran denda (diat) orang Zimmi itu adalah bayaran denda (diat) orang Islam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 765-766, hadis no. 3902. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عمر -رضي الله عنها - مرفوعاً: ((دية ذمي دية مسلم)). [طس، قط، هق، «الضعيفة» ( 458)].
(Munkar) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: Bayaran denda (diat) orang Zimmi itu adalah bayaran denda (diat) orang Islam. [Riwayat Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, Riwayat al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 458]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman