Bayang-bayang mulai hilang dan angin bertiup, maka angkatlah hajat-hajatmu kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

إذا فاءت الأفياء، وهبت الأرياح، فارفعوا إلى الله حوائجكم فإنها ساعة الأوابين، {إنه كان للأوابين غفورا}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila bayang-bayang mulai hilang dan angin bertiup, maka angkatlah hajat-hajatmu kepada Allah kerana ia merupakan waktu orang-orang Awwab (bertaubat): (Maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat) [Surah al-Isra' ayat 25].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1249, hadis nombor 6373. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن أبي أوفى رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذا فاءت الأفياء، وهبت الأرياح، فارفعوا إلى الله حوائجكم فإنها ساعة الأوابين، {إنه كان للأوابين غفورا}.
[حل، ((الضعيفة)) (2636)]

(Lemah)
Daripada Ibn Abi Awfa RA daripada Nabi SAW bersabda: Apabila bayang-bayang mulai hilang dan angin bertiup, maka angkatlah hajat-hajatmu kepada Allah kerana ia merupakan waktu orang-orang Awwab (bertaubat): (Maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat) [Surah al-Isra' ayat 25].
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2636]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs