TEKS BAHASA ARAB
إن العبد ليقف بين يدي الله، فيطوّل الله وقوفه؛ حتى يصيبه من ذلك كرب شديد، فيقول: رب! ارحمني اليوم. فيقول: وهل رحمت شيئا من خلقي من أجلي؛ فأرحمك؟ هات ولو عصفورا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya seseorang hamba itu benar-benar akan berdiri di hadapan Allah, lalu Allah memanjangkan tempoh berdirinya hingga dia ditimpa kesukaran yang sangat berat kerana berdiri tersebut, lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Rahmatilah aku pada hari ini. Allah pun berfirman: Adakah kamu pernah belas kasihan (menyayangi) terhadap makhluk-Ku demi Aku; maka adakah aku perlu merahmati kamu? Bawakanlah (bukti) walaupun seekor burung pipit.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1376, hadis nombor 7007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن العبد ليقف بين يدي الله، فيطوّل الله وقوفه؛ حتى يصيبه من ذلك كرب شديد، فيقول: رب! ارحمني اليوم. فيقول: وهل رحمت شيئا من خلقي من أجلي؛ فأرحمك؟ هات ولو عصفورا.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6198)]
(Palsu)
Daripada Ibn ‘Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seseorang hamba itu benar-benar akan berdiri di hadapan Allah, lalu Allah memanjangkan tempoh berdirinya hingga dia ditimpa kesukaran yang sangat berat (kerana berdiri tersebut), lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Rahmatilah aku pada hari ini. Allah pun berfirman: Adakah kamu pernah belas kasihan (menyayangi) terhadap makhluk-Ku demi Aku; maka adakah aku perlu merahmati kamu? Bawakanlah (bukti) walaupun seekor burung pipit.
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6198]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.