Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ العبدَ ليقفُ بين يديِ اللهِ، فيُطوِّلُ اللهُ وقوفَه؛ حتى يُصيبَه من ذلك كربٌ شديدٌ، فيقولُ: ربِّ! ارحمني اليومَ. فيقولُ: وهل رحمتَ شيئًا من خَلْقِي من أجلي؛ فأرحمُك؟ هاتِ ولو عصفورًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya seseorang hamba itu benar-benar akan berdiri di hadapan Allah, lalu Allah memanjangkan tempoh berdirinya hingga dia ditimpa kesukaran yang sangat berat kerana berdiri tersebut, lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Rahmatilah aku pada hari ini. Allah pun berfirman: Adakah kamu pernah belas kasihan (menyayangi) terhadap makhluk-Ku demi Aku; maka adakah aku perlu merahmati kamu? Bawakanlah (bukti) walaupun seekor burung pipit.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1376, hadis no. 7007. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن العبد ليقف بين يدي الله، فيطوّل الله وقوفه؛ حتى يصيبه من ذلك كرب شديد، فيقول: رب! ارحمني اليوم. فيقول: وهل رحمت شيئا من خلقي من أجلي؛ فأرحمك؟ هات ولو عصفورا. [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6198)]
(Palsu) Daripada Ibn 'Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya seseorang hamba itu benar-benar akan berdiri di hadapan Allah, lalu Allah memanjangkan tempoh berdirinya hingga dia ditimpa kesukaran yang sangat berat (kerana berdiri tersebut), lalu dia berkata: Wahai Tuhan! Rahmatilah aku pada hari ini. Allah pun berfirman: Adakah kamu pernah belas kasihan (menyayangi) terhadap makhluk-Ku demi Aku; maka adakah aku perlu merahmati kamu? Bawakanlah (bukti) walaupun seekor burung pipit. [Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6198]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman