Bau syurga itu boleh didapati dari jarak perjalanan 500 tahun

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ريح الجنة يوجد من مسيرة خمس مئة عام، ولا يجد ريح الجنة من طلب الدنيا بعمل الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bau syurga itu boleh didapati dari jarak perjalanan 500 tahun dan orang yang mencari dunia dengan amalan akhirat tidak akan mendapat bau syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2017, hadis nombor 10134. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ريح الجنة يوجد من مسيرة خمس مئة عام، ولا يجد ريح الجنة من طلب الدنيا بعمل الآخرة.
[فر، ((الضعيفة)) (3651)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Bau syurga itu boleh didapati dari jarak perjalanan 500 tahun dan orang yang mencari dunia dengan amalan akhirat tidak akan mendapat bau syurga.
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3651]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.