Bau syurga dapat dihidu sejauh perjalanan 100 tahun

TEKS BAHASA ARAB

ريح ‌الجنة ‌يوجد ‌من ‌مسيرة مائة عام، لا يجد ريحها مختال، ولا منان بعمله، ولا مدمن خمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bau syurga dapat dihidu sejauh perjalanan 100 tahun, tidak akan mencium baunya orang yang sombong, orang yang menunjuk-nunjuk amalannya, juga orang yang ketagih arak.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 657, hadis nombor 3391. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا : ((‌ريح ‌الجنة ‌يوجد ‌من ‌مسيرة مائة عام، لا يجد ريحها مختال، ولا منان بعمله، ولا مدمن خمر)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الشجري، ابن الجوزي في ((جامع المسانيد))، ((الضعيفة)) (2302)]

(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Bau syurga dapat dihidu sejauh perjalanan 100 tahun, tidak akan mencium baunya orang yang sombong, orang yang menunjuk-nunjuk amalannya, juga orang yang ketagih arak.” [Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, al-Syajari dalam al-Amali dan Ibn al-Jauzi dalam Jami’ al-Masanid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2302]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs