Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ريحُ الجَنَّةِ يوجَدُ مِن مَسيرةِ مِئةِ عامٍ، لا يَجِدُ ريحَها مُختالٌ، ولا مَنَّانٌ بِعَمَلِه، وَلا مُدمِنُ خَمرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bau syurga dapat dihidu sejauh perjalanan 100 tahun, tidak akan mencium baunya orang yang sombong, orang yang menunjuk-nunjuk amalannya, juga orang yang ketagih arak.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 657, hadis no. 3391. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا : ((ريح الجنة يوجد من مسيرة مائة عام، لا يجد ريحها مختال، ولا منان بعمله، ولا مدمن خمر)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، الشجري، ابن الجوزي في ((جامع المسانيد))، ((الضعيفة)) (2302)]
(Sangat lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Bau syurga dapat dihidu sejauh perjalanan 100 tahun, tidak akan mencium baunya orang yang sombong, orang yang menunjuk-nunjuk amalannya, juga orang yang ketagih arak.” [Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, al-Syajari dalam al-Amali dan Ibn al-Jauzi dalam Jami’ al-Masanid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2302]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman