Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ريحُ الولَدِ مِن ريحِ الجنَّةِ.
Teks Bahasa Melayu
Bau anak ialah bau syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 657, hadis no. 3392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما - مرفوعا: ((ريح الولد من ريح الجنة)). [طص، طس، ابن حبان في ((الضعفاء))، ((الضعيفة)) (2499)]
(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Bau anak adalah bau syurga.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir dan al-Mu’jam al-Awsat, dan Ibn Hibban dalam al-Dhuafa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2499]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman