Batu mengangkat suara mengadu kepada Allah Ta'ala

TEKS BAHASA ARAB

عج حجر إلى الله تعالى فقال إلهي وسيدي عبدتك كذا وكذا سنة ثم جعلتني في أس كنيف فقال: أو ما ترضى أن عدلت بك عن مجالس القضاة؟

TEKS BAHASA MALAYSIA

Batu mengangkat suara mengadu kepada Allah Ta’ala, katanya: Tuhanku, Tuanku! Aku telah beribadah kepadamu sekian-sekian tahun, kemudian Engkau menjadikan aku terletak di bawah (sebagai tapak) tandas. Lalu Allah berfirman: Tidak sukakah kamu, Aku telah lepaskanmu daripada majlis-majlis para hakim (yang jahat)?

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 53, hadis nombor 290. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ia bernas, selari dengan keadaan para hakim, namun ia palsu. Hadith ini hanyalah dinukilkan daripada Israiliyyat.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs