Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Batu-batu itu menjadi alat bersuci untuknya

Teks Bahasa Arab

مَنِ استطاب بثلاثةِ أحجارٍ ليس فيهن رجيعٌ؛ كُنَّ له طَهورًا.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang bersuci menggunakan tiga biji batu tanpa ada padanya najis kering, maka batu-batu itu menjadi alat bersuci untuknya.

Sahabat Perawi

  1. Khuzaimah Bin Thabit RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1209, hadis no. 6151. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا اللفظ) عن خزيمة بن ثابت رضي الله عنه مرفوعا: من استطاب بثلاثة أحجار ليس فيهن رجيع؛ كن له طهورا. [طب، ((الضعيفة)) (4544)]

(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Khuzaimah bin Thabit RA secara marfu': Sesiapa yang bersuci menggunakan tiga biji batu tanpa ada padanya najis kering, maka batu-batu itu menjadi alat bersuci untuknya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4544]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.