Batasan aurat lelaki dan aurat perempuan

TEKS BAHASA ARAB

عورة الرجل على الرجل كعورة الرجل على المرأة، وعورة المرأة على المرأة كعورة المرأة على الرجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aurat seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain seperti auratnya kepada perempuan dan aurat seorang perempuan kepada perempuan yang lain adalah seperi auratnya kepada orang lelaki.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1624, hadis nombor 8205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((عورة الرجل على الرجل كعورة الرجل على المرأة، وعورة المرأة على المرأة كعورة المرأة على الرجل)). [ك، فر، ((الضعيفة)) (3923)].

(Lemah)
Daripada Ali Bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Aurat seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain seperti auratnya kepada perempuan dan aurat seorang perempuan kepada perempuan yang lain adalah seperi auratnya kepada orang lelaki.))
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3923].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs