Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عورةُ الرَّجُلِ على الرجلِ كعورةِ الرجلِ على المَرأةِ، وعورةُ المرأةِ على المرأةِ كعورةِ المرأة على الرَّجُلِ.
Teks Bahasa Melayu
Aurat seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain seperti auratnya kepada perempuan dan aurat seorang perempuan kepada perempuan yang lain adalah seperi auratnya kepada orang lelaki.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1624, hadis no. 8205. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((عورة الرجل على الرجل كعورة الرجل على المرأة، وعورة المرأة على المرأة كعورة المرأة على الرجل)). [ك، فر، ((الضعيفة)) (3923)].
(Lemah) Daripada Ali Bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Aurat seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain seperti auratnya kepada perempuan dan aurat seorang perempuan kepada perempuan yang lain adalah seperi auratnya kepada orang lelaki.)) [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3923].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman