TEKS BAHASA ARAB
اغسلوا ثيابكم، وخذوا من شعوركم، واستاكوا، وتزينوا، فإن بني إسرائيل لم يكونوا يفعلون ذلك فزنت نساؤهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Basuhlah pakaianmu, potonglah rambutmu, bersiwak, berhias dan jagalah kebersihan. Sesungguhnya Bani Isra’el tidak melakukan perkara-perkara tersebut. Lalu wanita-wanita mereka berzina.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1643, hadis nombor 8307. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن علي -رضي الله عنه- قال، قال -صلى الله عليه وسلم- : ((اغسلوا ثيابكم، وخذوا من شعورِكم، واستاكوا، وتزينوا وتنظفوا، فإن بني إسرائيل لم يكونوا يفعلون ذلك فزنت نساؤهم)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7029)].
(Sangat lemah)
Daripada Ali RA, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: ((Basuhlah pakaianmu, potonglah rambutmu, bersiwak, berhias dan jagalah kebersihan. Sesungguhnya Bani Isra’el tidak melakukan perkara-perkara tersebut. Lalu wanita-wanita mereka berzina.))
[Riwayat Ibn Asakir, Lihat Silsilah al-Daifah, no.7029].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.