TEKS BAHASA ARAB
بسم الله الرحمن الرحيم مفتاح كل كتاب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (Bismillahi al-Rahmani al-Rahim) adalah kunci bagi semua kitab.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1425, hadis nombor 7239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن محمد بن علي مرفوعا: بسم الله الرحمن الرحيم مفتاح كل كتاب.
[الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (1741)]
(Sangat lemah)
Daripada Muhammad bin ‘Ali secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (Bismillahi al-Rahmani al-Rahim) adalah kunci bagi semua kitab.
[Riwayat al-Khatib dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1741]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.