Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Basmalah adalah kunci bagi semua kitab

Teks Bahasa Arab

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مِفْتَاحُ كُلِّ كِتابٍ.

Teks Bahasa Melayu

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (Bismillahi al-Rahmani al-Rahim) adalah kunci bagi semua kitab.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1425, hadis no. 7239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن محمد بن علي مرفوعا: بسم الله الرحمن الرحيم مفتاح كل كتاب. [الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (1741)]

(Sangat lemah) Daripada Muhammad bin 'Ali secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang (Bismillahi al-Rahmani al-Rahim) adalah kunci bagi semua kitab. [Riwayat al-Khatib dalam al-Jami'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1741]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.