TEKS BAHASA ARAB
من زهد في الدنيا؛ علمه الله تعالى بلا تعلم، وهداه الله بلا هداية، وجعله بصيرا، وكشف عنه العمى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Barangsiapa yang zuhud dengan dunia, Allah akan mengajarkan mereka tanpa pelajaran, diberi hidayah oleh Allah tanpa hidayah, menjadikan pandangannya jelas, dan mengangkat darinya kebutaan (hati).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 622, hadis nombor 3236. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من زهد في الدنيا؛ علمه الله تعالى بلا تعلم، وهداه الله بلا هداية، وجعله بصيراً، وكشف عنه العمى)). [حل، ((الضعيفة)) (4600)].
(Palsu)
Daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barangsiapa yang zuhud dengan dunia, Allah akan mengajarkan mereka tanpa pelajaran, diberi hidayah oleh Allah tanpa hidayah, menjadikan pandangannya jelas, dan mengangkat darinya kebutaan (hati).))
[Riwayat Abu Nuaym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4600].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.