Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Barangsiapa yang zuhud dengan dunia, Allah akan mengajarkan mereka tanpa pelajaran

Teks Bahasa Arab

مَن زَهِدَ في الدنيا، عَلَّمَهُ اللهُ تعالى بلا تَعَلُّمٍ، وهَدَاهُ الله بلا هدايةٍ، وجعله بصيرًا، وكَشَفَ عنه الْعَمَى.

Teks Bahasa Melayu

Barangsiapa yang zuhud dengan dunia, Allah akan mengajarkan mereka tanpa pelajaran, diberi hidayah oleh Allah tanpa hidayah, menjadikan pandangannya jelas, dan mengangkat darinya kebutaan (hati).

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 622, hadis no. 3236. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌‌(موضوع) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من زهد في الدنيا؛ علمه الله تعالى بلا تعلم، وهداه الله بلا هداية، وجعله بصيراً، وكشف عنه العمى)). [حل، ((الضعيفة)) (4600)].

(Palsu) Daripada Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Barangsiapa yang zuhud dengan dunia, Allah akan mengajarkan mereka tanpa pelajaran, diberi hidayah oleh Allah tanpa hidayah, menjadikan pandangannya jelas, dan mengangkat darinya kebutaan (hati).)) [Riwayat Abu Nuaym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4600].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.