Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أَدَّى الْفَرِيضَةَ وَعَلَّمَ النَّاسَ الْخَيْرَ كَانَ فَضْلُهُ عَلَى الْعَابِدِ الْجَاهِلِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ وَمَنْ بَلَغَهُ عَنِ اللَّهِ فَضْلٌ فَأَخَذَ بِذَلِكَ الْفَضْلِ الَّذِي بَلَغَهُ أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا بَلَغَهُ وَإِنْ كَانَ الَّذِي حَدَّثَهُ كَذِبًا.
Teks Bahasa Melayu
Barangsiapa yang telah menunaikan satu kefarduan (ilmu) dan dia mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, maka kelebihannya berbanding ahli ibadah yang jahil adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang rendah dalam kalangan kalian. Barangsiapa yang telah sampai kepadanya keistimewaan daripada Allah kemudian dia menerima keistimewaan tersebut, maka Allah akan memberikan kepadanya keistimewaan tersebut walaupun dia bercakap dengan percakapan yang dusta.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 18. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
«مَنْ أَدَّى الْفَرِيضَةَ وَعَلَّمَ النَّاسَ الْخَيْرَ كَانَ فَضْلُهُ عَلَى الْعَابِدِ الْجَاهِلِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ وَمَنْ بَلَغَهُ عَنِ اللَّهِ فَضْلٌ فَأَخَذَ بِذَلِكَ الْفَضْلِ الَّذِي بَلَغَهُ أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا بَلَغَهُ وَإِنْ كَانَ الَّذِي حَدَّثَهُ كَذِبًا» ضَعِيفٌ إِسْنَادُهُ لكِنهمْ يتساهلون فِي الْفَضَائِل.
“Barangsiapa yang telah menunaikan satu kefarduan (ilmu) dan dia mengajarkan kebaikan kepada orang ramai, maka kelebihannya berbanding ahli ibadah yang jahil adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang rendah dalam kalangan kalian. Barangsiapa yang telah sampai kepadanya keistimewaan daripada Allah kemudian dia menerima keistimewaan tersebut, maka Allah akan memberikan kepadanya keistimewaan tersebut walaupun dia bercakap dengan percakapan yang dusta.” Sanad hadis ini lemah namun mereka memberi kelonggaran berkenaan fadhail (kelebihan beramal).
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman