Barangsiapa yang tawaduk kerana Allah, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya

TEKS BAHASA ARAB

شربتان في شربة، وإدامان في قدح؟! لا حاجة لي فيه، أما إني لا أزعم أنه حرام، ولكني أكره أن يسألني الله عن فضول الدنيا يوم القيامة، أتواضع لله، فمن تواضع لله رفعه الله، ومن تكبر وضعه الله، ومن استغنى أغناه الله، ومن أكثر ذكر الله أحبه الله – عز وجل-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dua minuman dalam satu minuman, dua lauk dalam satu bekas? Aku tidak berhajat padanya, aku tidak mengatakannya haram, tetapi aku tidak suka apabila Allah menyoalku tentang lebihan dunia pada hari kiamat. Aku tawaduk kepada Allah. Barangsiapa yang tawaduk kerana Allah, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya. Barangsiapa yang membesarkan diri, nescaya Allah akan menghinakan dia. Barangsiapa yang merasa cukup, nescaya Allah akan memberikan kecukupan kepadanya. Barangsiapa yang selalu mengingati Allah, nescaya Allah akan mencintainya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 621, hadis nombor 3230. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها -، قالت: أتي رسول الله – صلى الله عليه وسلم – بقدح فيه لبن وعسل. فقال: ((شربتان في شربة، وإدامان في قدح؟! لا حاجة لي فيه، أما إني لا أزعم أنه حرام، ولكني أكره أن يسألني الله عن فضول الدنيا يوم القيامة، أتواضع لله، فمن تواضع لله رفعه الله، ومن تكبر وضعه الله، ومن استغنى أغناه الله، ومن أكثر ذكر الله أحبه الله – عز وجل-)). [طس، ابن عساكر، في ((مدح التواضع))، ((الضعيفة)) (4875)].

(Sangat Lemah)
Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW didatangkan dengan bekas yang di dalamnya ada susu dan madu, lalu Baginda bersabda: ((Dua minuman dalam satu minuman, dua lauk dalam satu bekas? Aku tidak berhajat padanya, aku tidak mengatakannya haram, tetapi aku tidak suka apabila Allah menyoalku tentang lebihan dunia pada hari kiamat. Aku tawaduk kepada Allah. Barangsiapa yang tawaduk kerana Allah, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya. Barangsiapa yang membesarkan diri, nescaya Allah akan menghinakan dia. Barangsiapa yang merasa cukup, nescaya Allah akan memberikan kecukupan kepadanya. Barangsiapa yang selalu mengingati Allah, nescaya Allah akan mencintainya.))
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq dan Madh al-Tawaduk. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4875].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs