Barangsiapa yang sampai dahulu kepadaku, maka baginya itu dan itu

TEKS BAHASA ARAB

من سبق إلي، فله كذا وكذا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang sampai dahulu kepadaku, maka baginya itu dan itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1648, hadis nombor 8328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن الحارث، قال: كان صلى الله عليه وسلم يصفّ عبد الله، وعبيد الله، وكثيراً – من بني العباس -، ثم يقول: ((من سبق إليّ، فله كذا وكذا)). قال: فيستبقون إليه، فيقعون على ظهره وصدره، فيقبّلهم ويلزمهم. [حم، ((الضعيفة)) (6547)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin al-Harith berkata: “Nabi SAW menyusun barisan Abdullah, Ubaidillah serta ramai lagi -daripada Bani al-Abbas-. Kemudian Baginda berkata: ((Barangsiapa yang sampai dahulu kepadaku, maka baginya itu dan itu)). Beliau berkata: Lalu mereka saling berlumba ke arah Baginda sehingga mereka berada di atas belakang dan dada Baginda, kemudian Baginda mencium mereka dan duduk bersama mereka.”
[Riwayat Ahmad dalam musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6547].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs