Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ سَبَقَ إِلَيَّ، فَلَهُ كَذَا وَكَذَا.
Teks Bahasa Melayu
Barangsiapa yang sampai dahulu kepadaku, maka baginya itu dan itu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin al-Harith
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1648, hadis no. 8328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن الحارث، قال: كان صلى الله عليه وسلم يصفّ عبد الله، وعبيد الله، وكثيراً - من بني العباس -، ثم يقول: ((من سبق إليّ، فله كذا وكذا)). قال: فيستبقون إليه، فيقعون على ظهره وصدره، فيقبّلهم ويلزمهم. [حم، ((الضعيفة)) (6547)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin al-Harith berkata: “Nabi SAW menyusun barisan Abdullah, Ubaidillah serta ramai lagi -daripada Bani al-Abbas-. Kemudian Baginda berkata: ((Barangsiapa yang sampai dahulu kepadaku, maka baginya itu dan itu)). Beliau berkata: Lalu mereka saling berlumba ke arah Baginda sehingga mereka berada di atas belakang dan dada Baginda, kemudian Baginda mencium mereka dan duduk bersama mereka.” [Riwayat Ahmad dalam musnadnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6547].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman