Terdapat perawi lemah pada sanadnya

30/06/2024

minit bacaan



Barangsiapa yang menulis ‘dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’

Teks Bahasa Arab

إِنَّ مَنْ كَتَبَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ فَجَوَّدَهُ تَعْظِيمًا لِلَّهِ غفر لَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Barangsiapa yang menulis ‘dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’ (Bismillahirrahmanirahim) kemudian dia memperelokkannya (tulisan) sebagai tanda mengagungkan Allah, maka akan diampunkan dosanya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Fattanī (m. 986H)

Status

Terdapat perawi lemah pada sanadnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْوَجِيز «إِنَّ مَنْ كَتَبَ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ فَجَوَّدَهُ تَعْظِيمًا لِلَّهِ غفر لَهُ» فِيهِ إبان وَأَبُو حَفْص الْعَبْدي وَأَبُو سَالم ضعفاء قلت لَهُ طَرِيق آخر عَنهُ وَله شَوَاهِد قوى عَن عَليّ مَوْقُوفا وَله حكم الرّفْع.

Dalam kitab al-Wajiz: “Barangsiapa yang menulis ‘dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’ (Bismillahirrahmanirahim) kemudian dia memperelokkannya (tulisan) sebagai tanda mengagungkan Allah, maka akan diampunkan dosanya.” Dalam riwayat tersebut terdapat Aban, Abu Hafs al-‘Abdi dan Abu Salim. Mereka semua ialah perawi yang daif (lemah). Saya katakan bahawa riwayat ini mempunyai syawahid (riwayat sokongan) yang kuat daripada Ali yang diriwayatkan secara mauquf. Akan tetapi secara hukumnya Ia marfu’ (Marfu’ Hukmi).

Rujukan

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.