Barangsiapa yang menjual rumah tanpa keperluan, Allah akan menghantar sesuatu yang akan menghancurkannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أيما رجل باع عقرة من غير حاجة؛ بعث الله له تالفا يتلفها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Barangsiapa yang menjual rumah tanpa keperluan, Allah akan menghantar sesuatu yang akan menghancurkannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 620, hadis nombor 3227. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن يعلى الليثي أن معقل بن يسار باع دارا بمئة ألف، فقال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم-: ((أيما رجل باع عقرة من غير حاجة؛ بعث الله له تالفا يتلفها)). [طس، ((الضعيفة)) (4577)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Ya’la al-Laithi bahawa Ma’qil bin Yasar menjual sebuah rumah berharga 100,000. Lalu beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Barangsiapa yang menjual rumah tanpa keperluan, Allah akan menghantar sesuatu yang akan menghancurkannya.))
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4577].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.